hari ni nak share pembacaan saya mengenai penyusuan.
semoga sharing ni menjadi panduan mommies yg ada masalah penyusuan dan yg sedang berusaha untuk mengumpul EBM (expressed breast-milk)
SEBELUM MENGEPAM
1) Selesakan Diri & Bertenang
- Cuba selesakan diri anda. Gunakan bantal kecil untuk
menyokong belakang anda.
- Anda juga mungkin boleh mandi sebelum mengepam.
- Cuba mengurut payudara anda dengan membuat bulatan-bulatan
kecil di sekeliling payudara.
- Cuba untuk mengepam pada waktu yang sama pada setiap
hari.
- Kalau boleh, dapatkan pam 'bebas-pegang'. Membantu anda untuk
berasa lebih santai dan masih boleh menikmati aktiviti lain.
PERLU TAHU:
* Relaks ---> Senang mendapat 'Refleks
Oksitoksin' ataupun Let Down Reflects (LDR)
* LDR ---> Membantu mengosongkan payudara
* Payudara kosong ---> Hormon mendapat
signal untuk menghasilkan lebih banyak susu
2. Makan sedikit kudap-kudapan (snek) dan minum segelas air
- Sebelum
mengepam, cubalah untuk meminum segelas air suam.
- Ataupun cuba untuk memakan sedikit makanan ringan (yang
berkhasiat semestinya seperti kurma, sebiji epal ataupun kekacang) supaya anda
lebih bertenaga dan mendapat noodgembira.
SEMASA MENGEPAM
Seandainya anda menggunakan pam elektrik/bateri, pastikan anda
menggunakan level
suction yang
bersesuaian. Mulakan dengan level
suction yang rendah dan tingkatkan perlahan-lahan sehingga anda
berasa selesa dengan suction pam
anda. Ingat! Suction yang kuat tidak semestinya anda akan mendapat
hasil susu yang banyak (bayangkan cara hisapan bayi anda - lembut tapi masih
mendapat susu yang banyak). Suction yang
tinggi selalunya akan menyebabkan anda berasa sakit dan luka pada puting
payudara. Apabila
anda berasa sakit, LDR mungkin
akan tidak berlaku. Dan payudara atidak dapat dikosongkan sepenuhnya. Apabila
tidak dapat dikosongkan sepenuhnya, maka penghasilan susu akan berkurangan.
Sewaktu mengepam, pastikan puting payudara anda berada
betul-betul di tengah corong. Sepatutnya apabila anda mengepam puting anda
'bebas bergerak' di dalam corong. Sekiranya puting anda menyentuk sisi corong
anda, maka anda harus membeli corong yang lebih besar.
Sekali lagi, sila bertenang. Tarik nafas dan lihatlah gambar
bayi anda. Bayangkan si manja anda sedang menyusu pada payudara anda. Kalau
boleh, rakam suara bayi anda. Ini akan membantu anda untuk mendapat LDR dengan lebih cepat.
Pastikan anda mengepam sehingga payudara benar-benar
kosong.
MENINGKATKAN SUPPLY SUSU ANDA
* Power
Pumping
- Caranya dengan mengepam payudara anda berterusan selama sejam.
10 minit pam - 10 minit rehat - 10 minit pam dan berterusan selama sejam.
* Memakan milk
booster
- Setiap individu mempunyai milk booster yang berlainan.
- Antaranya; herba, keju, coklat, kurma, jantung pisang, lobak
putih dan sebagainya.
- Anda boleh mencuba dan terus mencuba.
* Memakan suplemen tambahan
- Ingat, seorang ibu yang mengepam haruslah mengekalkan
kesihatan yang optimum. Seandainya anda seorang yang benar-benar mengamalkan
pemakanan yang seimbang dan berzat, anda mungkin mampu kekal sihat. Tapi bagi
anda yang terlalu sibuk - uruskan keluarga, kerga dan sebagainya, kekurangan
keperluan vitamin perlu ditampung. Jadi, ya, jangan abaikan kesihatan diri anda.
Kerana anda adalah sumber makanan bagi bayi anda (terutamanya 6 bulan
kehidupannya yang pertama). Tidak salah anda mendapatkan suplemen untuk diri
anda sendiri (dan boleh juga disalurkan pada bayi anda melalui susu ibu).
Pastikan suplemen anda adalah yang benar-benar natural dan bukan sintetik.
PERKARA YANG MENGGANGGU PENGHASILAN SUSU
* Elakkan diri menjadi sangat penat dan letih.
* Jangan terlalu stress -
akan mengakibatkan susu berkurangan.
* Ambillah vitamin semasa anda sedang haid - haid boleh menyebabkan
penghasilan susu berkurangan.
* Pastikan anda benar-benar mengosongkan payudara semasa
mengepam.
* Jangan merokok, minum arak dan mengambil dadah.
Selamat mencuba :)
No comments:
Post a Comment